Ganjaran Bergelar Isteri dan Ibu

jumpa lagi ! wahh excited nya... )
entry yg menarik...indeed ! jom baca...

antara ganjarannya :
pahala wanita mengandung - apabila seseorang wanita mengandung janin di dlm rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. allah swt mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan drpdnya 1000 kejahatan.

pahala wanita bersalin - apabila seseorang wanita itu mula sakit hendak bersalin, maka allah swt mencatatkan baginya pahala bagi orang yang berjihad pada jalan allah.

kelebihan melahirkan anak - apabila seseorang wanita itu melahirkan anak, keluarlah dia drpd dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya.

kelebihan menyusukan anak - apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan drpd susunya diberi satu kebajikan.

pelihara memelihara anak - apabila semalaman ibu tidak tidur memelihara anaknya yg sakit, maka allah swt memberikanya pahala memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama allah.

ganjaran wanita solehah - perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa pada bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana yang dikehendakinya.

ganjaran menolong suami - setiap perempuan yg menolong suaminya dlm urusan agama, maka allah swt memasukan dia ke dalam syurga terlebih dahulu drpd suaminya.

ganjaran mentaati suami - wanita yg taat berkhidmat pada suaminya, akan tetutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga.masuklah dr mana2 pintu yg dikehendakinya tanpa dihisab.

kelebihan seorang ibu - syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

No comments:

Post a Comment