10 sebab kemajuan JEPUN

こんにちは
ko'nichiwa ! haha...aku dah speaking jepun, well entry kali sal jepun, so kena la ada aura2 jepun..hehe ! cakap pasal jepun, perkara utama terlintas dlm fikiran ialah soal kemajuan jepun yang tidak boleh dinafikan. actually jepun adalah negara yang aku minat dari segi pemandangannya disebabkan negara bersalji tebal dan SAKURA..hehe ! memang sangat cantik !
nagara kita ada DASAR PANDANG KE TIMUR, di mana kita mencontohi negara jepun dari segi kemajuan. so, jom tengok apakah sebab jepun ni boleh maju...checkout!


1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.


sunber asal :) http://www.facebook.com/photo.php?fbid=521265741257650&set=a.140501556000739.30439.140501459334082&type=1&theater

 

12 comments:

  1. waaahhh ! rasa mcm nak duduk Jepun ! tapi, kite suka Korea. Kookie Oppa <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka korea :) nak melancong pegi jepun ok kot, tpi lau nak duduk kt jepun tu risau pula gempa bumi..huhu

      Delete
  2. Info menarik. Selalu gi Jepun tapi tak tahu pun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ! bestnya dah pegi jepun :)

      Delete
  3. wooow.. polite. mak ayah depa yg jaga? cemanna kerja tu
    ? ohemjii

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg saya tahu, org jepun pentingkan masa n bekerja keras :)

      Delete